Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea
Penyerang berbisa Bayern Munich - Michael Ballack telah bersetuju menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Chelsea, seperti yang diumumkan oleh tv Jerman ZDF. Stesen televisyen tersebut melaporkan di dalam websitenya bahawa kapten Jerman itu telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan dan menunggu masa untuk ditandatangani. Ballack (29) telah bersama dengan Bayern Munich selama 4 tahun dan kontraknya akan tamat pada Jun yang akan datang. "ZDF telah mengetahui bahawa Michael Ballack dan Chelsea telah mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak selama 4 tahun. Kontrak tersebut hanya menunggu masa untuk di tanda tangani."
Tidak ada kenyataan susulan dari Ballack atau Bayern, sementara jurucakap Chelsea hanya mengungkapkan "Saat ini tiada komen lanjut dari kelab. "
Jose Maurinho pengurus Chelsea seperti dipetik oleh the Bild am Sonntag pada bulan lalu menyatakan: " Dia (Ballack) memiliki segalanya. Kepintarannya di padang menarik perhatian saya " "Saya telah memerhatikannya cukup lama. Saya menyukainya. Namun dia harus membuat satu keputusan sebelum Piala Dunia. " (Reuters)