Thursday, April 20, 2006

RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual

Rafa Benitez memberikan reaksi beliau mengenai spekulasi bahawa Real Madrid berusaha untuk menandatangani Steven Gerrard dan mengistiharkan: "Dia bukan untuk dijual."

Pengarah bolasepak Madrid Benito Floro kelmarin menyatakan beliau akan berusaha untuk mendapatkan khidmat Steven Gerrard sebagai keutamaan, untuk membantu Real menamatkan kemarau kejuaraan selama tiga musim. Gerrard baru saja menandatangani kontrak baru setelah memutuskan untuk memberi komitmen masa depannya bersama juara Eropah itu, namun ia tidak menghalang hasrat Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun, Benitez yakin spekulasi itu akan tamat segera dan menyatakan ketua pasukannya
itu tetap seorang pemain liverpool musim hadapan. Benitez menyatakan: " Situasi ini jelas. Steven Gerrard bukan untuk dijual." melalui laman web rasmi Liverpool, Khamis (20/4/2006)

Toure Memberi Arsenal Kemenangan


London - Arsenal berjaya meraih kemenangan pada perlawan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini sewaktu melayan kunjungan Villareal di highbury. The Gunners mencapai kemenangan 1-0 hasil jaringan Kolo Toure pada minit ke-41. Kemenangan tersebut memberi Arsenal kelebihan apabila bertandang ke El-Madrigal 26 April ini. Kini, peluang untuk Arsenal menjejakkan kaki ke final kian terbuka. Namun kesempatan yang sama juga di miliki oleh pasukan Villareal yang digelar 'Yellow Submarine'. Jika berhasil menjaringkan dua gol pada pertemuan kedua nanti, ia akan menamatkan kehebatan Arsenal sepanjang kempen liga juara-juara ini.

Kemenangan Arsenal di Highbury ini cukup bererti. Ia memberikan kenangan manis untuk stadium keramat mereka itu kerana perlawanan menentang Villareal merupakan perlawanan terakhir Arsenal di Highbury dalam liga juara Eropah. Musim depan 'The Gunners' akan berpindah ke stadium baru mereka iaitu Emirates Stadium. Arsenal turut memanjangkan rekod kekebalan bentengnya dengan tidak melepaskan sebarang gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut pada kempen liga juara-juara.

Mengasak Sejak Awal
Arsenal mula mengasak kubu Villareal sejak minit awal perlawanan lagi selepas pengadil Austria, Konrad Plautz meniup wisel pertama. Tiga peluang dicipta oleh Kolo Toure, Gilberto Silva dan Phillipe Senderos namun gagal dimanfaatkan.
Pada minit ke-12, Henry sempat melepaskan tendangan yang menerjah ke gawang Villareal. Namun keceriaan peminat Arsenal berakhir apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut kerana Henry berada di kedudukan offside.
Pada minit ke -33, Robert Pires turut mempunyai peluang keemasan setelah mendapat bola lambungan dari pemain Villareal namun kehadiran Cesar Arzo menghalang tendangan pemain Perancis itu dan menghasilkan tendangan sudut.
Empat minit menjelang tamat perlawanan pertama, akhirnya Arsenal berjaya menghasilkan gol melalui Kolo Toure yang memanfaatkan lorongan Aleksander Hleb walaupun di asak oleh beberapa pemain Villareal. Gol tersebut mengamatkan Highbury yang dipenuhi oleh peminat-peminat 'The Gunners'.

Separuh masa kedua, Arsenal memperlahankan rentak serangannya. Kesempatan ini diambil oleh Villareal untuk mencipta beberapa peluang namun tidak berhasil memecahkan kekebalan pertahanan Arsenal. Pada minit ke-56, Henry kembali membuka kesempatan untuk menambahkan jaringan namun Cesar Arzo sekali lagi berjaya untuk menghalang bola dari menerjah gawang.
Riquelme turut berpeluang untuk menghasilkan jaringan namun tendangan percuma jarak jauhnya berhasil diselamatkan oleh Lehman yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan.
Pada saat-saat akhir perlawanan, Arsenal turut berpeluang menghasilkan gol melalui Dennis Bergkamp. Namun, sekali lagi pertahanan kental Villareal iaitu Cesar Arzo berhasil menampan bola dari menerjah ke gawang Villareal. Perlawanan akhirnya kekal 1-0.


Susunan Pemain:

Arsenal: Jens Lehmann, Phillipe Senderos, Kolo Toure, Matthieu Flamini, Emmanuel Eboue, Robert Pires, Aleksander Hleb (Dennis Bergkamp 80), Cesc Fabregas, Gilberto Silva, Frederick Ljungberg (Robin Van Persie 80), Thierry Henry

Villarreal: Miguel Barbosa, Javi Venta, Cesar Arzo, Arruabarrena, Quique Alvarez, Juan Sorin (Josico 73), Roman Riquelme, Alessio Tacchinardi, M Senna, Diego Forlan (Cajera 90), Jose Mari (Guillermo Franco 55)

Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea

Penyerang berbisa Bayern Munich - Michael Ballack telah bersetuju menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Chelsea, seperti yang diumumkan oleh tv Jerman ZDF. Stesen televisyen tersebut melaporkan di dalam websitenya bahawa kapten Jerman itu telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan dan menunggu masa untuk ditandatangani.

Ballack (29) telah bersama dengan Bayern Munich selama 4 tahun dan kontraknya akan tamat pada Jun yang akan datang. "ZDF telah mengetahui bahawa Michael Ballack dan Chelsea telah mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak selama 4 tahun. Kontrak tersebut hanya menunggu masa untuk di tanda tangani."

Tidak ada kenyataan susulan dari Ballack atau Bayern, sementara jurucakap Chelsea hanya mengungkapkan "Saat ini tiada komen lanjut dari kelab. "

Jose Maurinho pengurus Chelsea seperti dipetik oleh the Bild am Sonntag pada bulan lalu menyatakan: " Dia (Ballack) memiliki segalanya. Kepintarannya di padang menarik perhatian saya "
"Saya telah memerhatikannya cukup lama. Saya menyukainya. Namun dia harus membuat satu keputusan sebelum Piala Dunia. " (Reuters)

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here