« Home | Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea »

Toure Memberi Arsenal Kemenangan


London - Arsenal berjaya meraih kemenangan pada perlawan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini sewaktu melayan kunjungan Villareal di highbury. The Gunners mencapai kemenangan 1-0 hasil jaringan Kolo Toure pada minit ke-41. Kemenangan tersebut memberi Arsenal kelebihan apabila bertandang ke El-Madrigal 26 April ini. Kini, peluang untuk Arsenal menjejakkan kaki ke final kian terbuka. Namun kesempatan yang sama juga di miliki oleh pasukan Villareal yang digelar 'Yellow Submarine'. Jika berhasil menjaringkan dua gol pada pertemuan kedua nanti, ia akan menamatkan kehebatan Arsenal sepanjang kempen liga juara-juara ini.

Kemenangan Arsenal di Highbury ini cukup bererti. Ia memberikan kenangan manis untuk stadium keramat mereka itu kerana perlawanan menentang Villareal merupakan perlawanan terakhir Arsenal di Highbury dalam liga juara Eropah. Musim depan 'The Gunners' akan berpindah ke stadium baru mereka iaitu Emirates Stadium. Arsenal turut memanjangkan rekod kekebalan bentengnya dengan tidak melepaskan sebarang gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut pada kempen liga juara-juara.

Mengasak Sejak Awal
Arsenal mula mengasak kubu Villareal sejak minit awal perlawanan lagi selepas pengadil Austria, Konrad Plautz meniup wisel pertama. Tiga peluang dicipta oleh Kolo Toure, Gilberto Silva dan Phillipe Senderos namun gagal dimanfaatkan.
Pada minit ke-12, Henry sempat melepaskan tendangan yang menerjah ke gawang Villareal. Namun keceriaan peminat Arsenal berakhir apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut kerana Henry berada di kedudukan offside.
Pada minit ke -33, Robert Pires turut mempunyai peluang keemasan setelah mendapat bola lambungan dari pemain Villareal namun kehadiran Cesar Arzo menghalang tendangan pemain Perancis itu dan menghasilkan tendangan sudut.
Empat minit menjelang tamat perlawanan pertama, akhirnya Arsenal berjaya menghasilkan gol melalui Kolo Toure yang memanfaatkan lorongan Aleksander Hleb walaupun di asak oleh beberapa pemain Villareal. Gol tersebut mengamatkan Highbury yang dipenuhi oleh peminat-peminat 'The Gunners'.

Separuh masa kedua, Arsenal memperlahankan rentak serangannya. Kesempatan ini diambil oleh Villareal untuk mencipta beberapa peluang namun tidak berhasil memecahkan kekebalan pertahanan Arsenal. Pada minit ke-56, Henry kembali membuka kesempatan untuk menambahkan jaringan namun Cesar Arzo sekali lagi berjaya untuk menghalang bola dari menerjah gawang.
Riquelme turut berpeluang untuk menghasilkan jaringan namun tendangan percuma jarak jauhnya berhasil diselamatkan oleh Lehman yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan.
Pada saat-saat akhir perlawanan, Arsenal turut berpeluang menghasilkan gol melalui Dennis Bergkamp. Namun, sekali lagi pertahanan kental Villareal iaitu Cesar Arzo berhasil menampan bola dari menerjah ke gawang Villareal. Perlawanan akhirnya kekal 1-0.


Susunan Pemain:

Arsenal: Jens Lehmann, Phillipe Senderos, Kolo Toure, Matthieu Flamini, Emmanuel Eboue, Robert Pires, Aleksander Hleb (Dennis Bergkamp 80), Cesc Fabregas, Gilberto Silva, Frederick Ljungberg (Robin Van Persie 80), Thierry Henry

Villarreal: Miguel Barbosa, Javi Venta, Cesar Arzo, Arruabarrena, Quique Alvarez, Juan Sorin (Josico 73), Roman Riquelme, Alessio Tacchinardi, M Senna, Diego Forlan (Cajera 90), Jose Mari (Guillermo Franco 55)

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here