« Home | Riquelme Yakin Arsenal Akan Tewas » | Fulham tewaskan Wigan 1-0 » | Wenger : Villarreal akan lebih menyerang » | Chelsea Pasukan Yang Lebih Baik » | West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup » | Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan » | Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas » | Ballack menafikan perpindahan » | RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual » | Toure Memberi Arsenal Kemenangan »

Arsenal Ke Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara

Villareal - Arsenal mencatat sejarah baru apabila buat julung kalinya mereka berjaya melayakkan diri ke final liga juara-juara. Kejayaan ini selepas mereka berjaya menyekat Villareal di El-Madrigal pada kedudukan 0-0 pada separuh akhir kedua.

Arsenal berhak ke perlawanan akhir dengan aggregat 1-0 selepas menang perlawanan pertama dengan jaringan yang sama di Highbury. Namun mereka sebenarnya menerima tentangan sengit dari pasukan tuan rumah. Villareal memulakan asakan pada awal minit pertama lagi. Pada minit kesembilan, pemain pertahanan Arsenal Mathieu Flamini terpaksa dikeluarkan akibat hamstring. Flamini terpaksa digantikan oleh Gael Clichy, yang mengalami kecederaan dan belum pernah bermain sejak Disember tahun lalu.

Namun Clichy bermain baik untuk menyekat beberapa gerakan yang disusun oleh Villareal. Keseluruhan perlawanan didominasi oleh pasukan yang digelar 'Yellow Submarine' ini. Beberapa kali Franco dan Juan Pablo Sorin cuba menembusi gawang Arsenal. Begitu juga dengan Juan Roman Riquelme yang mendapat beberapa tendangan percuma di luar kotak penalti. Namun kebanyakannya berjaya dihalang oleh pertahanan Arsenal atau tersasar dari gawang gol Arsenal.

Pada separuh minit pertama, peluang terbaik diperolehi oleh Franco yang mendapat umpanan dari Javi Venta. Namun, rembatannya tepat ke arah Lehmann. Sebelum babak kedua dimulakan, seorang peminat Barcelona memasuki padang dan menuju kepada Henry. Dia kemudiannya memberikan jersi Barcelona yang ditampal nama Henry di atasnya. Namun Henry langsung tidak mengendahkan dan membuang jersi tersebut. Peminat tersebut kemudiannya diberkas oleh pihak polis.

Franco kembali mempunyai peluang pada separuh minit kedua namun diselamatkan oleh Lehmann. Pada minit ke 62, jurulatih Villareal Manuel Pellegrini tidak mempunyai pilihan selain memasukkan seorang lagi penyerang iaitu Jose Mari untuk menggantikan Josico yang tercedera. Hanya seminit selepas Jose Mari dimasukkan, Villareal memperolehi peluang keemasan. Diego Forlan berjaya merembat deras dari luar kotak penalti malangnya ia melangkaui gawang Arsenal. Analisa menunjukkan bahawa pasukan Villareal melakukan 9 percubaan ke pintu Arsenal, sedangkan Arsenal langsung tidak mampu untuk menyerang.

Sementara itu Villareal sempat membolosi gawang Arsenal menerusi Franco, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana penyerang Mexico itu berada di dalam posisi 'offside'. Pada minit ke-88, Villareal sekali lagi memiliki peluang terbaik apabila pengadil perlawanan, Valentin Ivanov menghadiahkan tendangan penalti kepada Villareal selepas Clichy menolak Jose Mari di dalam kotak penalti. Namun, Lehmann sekali lagi menjadi wira apabila menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh Riquelme. Kekecewaan jelas tidak dapat dibendung oleh Riquelme selepas tendangannya diselamatkan oleh Jens Lehmann.

Terikat 0-0, yang bertahan sehingga ke wisel penamat, sudah cukup untuk Arsenal menempah tiket perlawanan akhir. Tidak sekadar menempah sejarah untuk kali pertamanya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir liga juara-juara tapi juga memanjangkan rekod kekebalan Arsenal kepada 10 perlawanan berturut-turut.

Barisan pemain : Villarrreal: M Barbosa, R Javi Venta, J Pena, S Quique Alvarez, R Arruabarrena (82 G Roger) , J Riquelme, M Josico (63 R Jose Mari), M Senna, J Sorin, D Forlan, G Franco
Arsenal: J Lehmann, E Eboue, K Toure, S Campbell, M Flamini (9 G Clichy), A Hleb, F Fabregas, G Silva, F Ljungberg, J Reyes (69 R Pires), T Henry

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here