« Home | Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan » | Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas » | Ballack menafikan perpindahan » | RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual » | Toure Memberi Arsenal Kemenangan » | Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea »

West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup

West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup

London - Gol tunggal Marlon Harewood memastikan kemenangan West Ham United 1-0 ke atas Middlesbrough pada perlawanan separuh akhir Piala FA. Mereka akan bertemu Liverpool pada perlawanan akhir.

Pertandingan di Villa Park ini perlawanan berlangsung seimbang. Namun West Ham lebih bernasib baik apabila Harewood berhasil menerjah gawang The Boro pada minit ke-78. Pertandingan itu bermula dengan bertafakur bagi menghormati bekas pengurus West Ham John Lyall yang baru meninggal dunia pada usia 66 tahun. Setelah sepak mula, Boro terus melakukan asakan kepada pertahanan West Ham.

Jimmy Floyd Hasselbaik mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun rembatannya dapat ditahan oleh pertahanan West Ham.Begitu juga dengan dua rembatan yang dilepaskan oleh Fabian Rochemback tidak memberikan hasil. Nasib malang menimpa Middlesbrough kerana kehilangan khidmat penjaga gol Mark Schwarzer yang cedera selepas bertembung dengan penyerang West Ham, Dean Ashton. Gawang Boro terpaksa di ambil alih oleh Bradley Jones.

Sementara itu, West Hami dilihat lebih mendominasi perlawanan pada babak kedua. Peluang Asthon memecahkan kebuntuan apabila tandukannya hanya berjaya mengegarkan tiang gol sementara itu tendangan rendah Nigel Reo-Coker tersasar dari gawang Boro. Namun pada minit ke-78, usaha West Ham membuahkan hasil. Tandukan Ashton disambut oleh Harewood yang berjaya memperdayakan Gareth Southgate untuk melepaskan satu rembatan padu menerusi kaki kirinya.

Namun selepas West Ham mendahului, Middlesbrough semakin meningkatkan serangan mereka. Tendangan bebas Frank Queudrea diselamatkan oleh penjaga gol West Ham, Shaka Hislop. Gandingan Yakubu dan Maccarone juga gagal memanfaatkan peluang yang diperolehi mereka. Pada minit terakhir perlawanan, Chris Riggott mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila tendangan tersasar di depan gawang West Ham.

Bagi West Ham, kemenangan 1-0 itu sudah mencukupi bagi bekalan mereka untuk menuju ke perlawanan akhir di Cardiff, 13 Mei nanti. Liverpool pula terlebih dahulu memastikan tempat mereka di perlawanan akhir setelah mengatasi Chelsea 2-1 pada Sabtu lepas.

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here