« Home | Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas » | Ballack menafikan perpindahan » | RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual » | Toure Memberi Arsenal Kemenangan » | Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea »

Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan

Madrid - Jaringan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos memastikan kemenangan ke atas Malaga 2-1. Sementara itu, perlawanan antara Barcelona dan Sevilla ditunda kerana hujan lebat menyebabkan padang dipenuhi air.

Real Madrid yang hanya meraih enam mata dari tujuh perlawanan terakhirnya, tampil goyah di awal perlawanan. Malaga terlebih dahulu membolosi kubu Real Madrid hasil jaringan penyerang Ricardo Bovio dari jarak dekat pada minit ke-22. Namun ia tidak bererti Real tidak melakukan asakan. Mereka turut mempunyai beberapa peluang keemasan pada babak pertama.

Tendangan percuma David Beckham di sambut oleh Robinho yang melakukan 'first timer' ke arah gol Malaga namun terkena palang dan memantul keluar. Bekas penyerang Roma, Antonio Cassano turut mempunyai dua peluang keemasan di depan pintu gol namun gagal dimanfaatkan.

Persembahan buruk Madrid menyebabkan penyokong mereka mula mengejek. Pada minit ke-62, jurulatih Real Juan Ramon Lopez Caro mengeluarkan Cassano dan Julio Baptista dan memasukkan Zinedine Zidane dan Roberto Soldado. Pertukaran itu membuahkan hasil kepada Real. Lima minit selepas dimasukkan, Zidane menyamakan kedudukan melalui tendangan penalti setelah Raul dilanggar di dalam kotak penalti.

Akhirnya kemenangan bagi Real datang juga pada minit-minit terakhir perlawanan. Pertahanan Real, Sergio Ramos berjaya memanfaatkan umpanan Cicinho dan memastikan kemenangan Real.

Pelawanan Barca menentang Sevilla ditunda

Sementara itu, perlawan di stadium Sanchjez Pizjuan tidak dapat diadakan kerana padang dipenuhi air. Hujan yang turun 45 minit sebelum perlawanan membuatkan keadaan padang dipenuhi air dan pengadil perlawanan menunda waktu perlawanan sementara menunggu keadaan padang kembali pulih. Namun selepas satu jam, air masih memenuhi padang. Perlawanan akhirnya ditunda. Keputusan itu sudah pasti memberikan kelebihan kepada Barca dan Sevilla yang akan bertarung di pentas Eropah minggu ini.

Keputusan lain-lain perlawanan :
Athletic Bilbao 0 - 3 Valencia
Cadiz 1 - 1 Deportivo La Coruna
Espanyol 2 - 0 Real Betis
Mallorca 0 - 1 Osasuna
Racing Santander 1 - 3 Getafe

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here