« Home | Ballack menafikan perpindahan » | RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual » | Toure Memberi Arsenal Kemenangan » | Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea »

Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas

Milan diberitakan semakin hampir untuk mendapatkan bek Chelsea, William Gallas. Media Itali semakin hebat melaporkan kemungkinan ini. Channel4 menyebut pemain antarabangsa Perancis ini akan segera bergabung dengan Milan. Memang memang sedang melakukan perubahan terhadap barisan pertahanannya. Nilai bayaran terhadap pemain itu nampaknya tidak menjadi masalah utama bagi Milan yang baru sahaja mencapai persetujuan dengan penaja utama baru Bet and Win. Gallas yang sejak akhir-akhir ini jarang diturunkan dalam kesebelasan utama oleh skuad Chelsea memang mempunyai keinginan meninggalkan Stamford Bridge.

Walaubagaimanapun, Gallas masih mempunyai kontrak dengan juara liga Inggeris dari kota London itu sehingga 2007. Namun dirinya semakin pasti untuk meninggalkan Chelsea pada musim panas ini. Gallas bakal menggantikan tempat Jaap Stam yang akan kembali ke liga Belanda bersama Cafu yang turut menyatakan hasrat yang sama.

"Gallas? Beliau masih memiliki setahun kontrak bersama Chelsea,: ujar wakil presiden Adriano Galliani pada La Gazzetta dello Sport. " Yang saya dapat nyatakan pada masa ini ialah kami menyukai pemain Perancis kerana meraka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan kami lebih cepat daripada pemain Eropah lain, " tambahnya.

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here