Riquelme Yakin Arsenal Akan Tewas
Perancang utama Villareal, Juan Roman Riquelme percaya pertahanan Arsenal boleh dibolosi walaupun mereka belum lagi ditembusi sepanjang perlawanan di liga juara-juara musim ini. Villareal akan berusaha untuk menebus kekalahan 0-1 kepada Arsenal di Highbury pada malam ini. Pemain antarabangsa Argentina itu menyatakan bahawa rekod kekebalan benteng Arsenal dalam sembilan pertandingan akan berakhir pada hari ini. "Kepercayaan diri kami tidak akan bergantung kepada perlawanan pusingan pertama," ujar pemain tengah berusia 27 tahun dalam sidang akhbar rasmi UEFA.
" Saya mengatakan bahawa kami mampu menyekat pemain Arsenal seperti Cesc Fabregas dengan hantaran pantasnya dan Thierry Henry yang memiliki kemampuan untuk memberikan masalah kepada kami," tambahnya. "Tapi mereka memiliki kelemahan yang sama seperti pasukan penyerang yang lain."
" Saya yakin mereka akan melepaskan lebih dari satu gol di El Madrigal," tambahnya. Rekod boleh dipadamkan dalam sesaat," katanya. Saat ini misi Yellow Submarines adalah menjaringkan dua gol tanpa bolos untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir. Jurulatih Villareal sebelum ini telah merehatkan beberapa pemain utamanya sewaktu menentang Sociedad untuk perlawanan penting malam ini. [SKY]