« Home | Chelsea Pasukan Yang Lebih Baik » | West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup » | Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan » | Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas » | Ballack menafikan perpindahan » | RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual » | Toure Memberi Arsenal Kemenangan » | Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea »

Wenger : Villarreal akan lebih menyerang

Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger meramalkan bahawa Villareal akan menyerang habis-habisan setelah ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama mereka. Villareal lebih bertahan di Highbury dengan kebanyakan pemain mereka bertumpu di kotak penalti pasukan mereka bagi menahan serangan bertalu-talu dari Arsenal.

Kapten Arsenal, Thierry Henry, menyebut bahawa Villareal adalah pasukan yang lebih banyak bermain secara bertahan. Walau demikian Wenger kurang setuju dengan komen Henry. Wenger berkata, " Apa yang dikatakan oleh Henry dengan permainan negatif adalah mereka tidak melakukan banyak serangan. Mereka kelihatan berpuas hati dengan jaringan 0-1 pada pertemuan pertama."

" Di Sepanyol mereka akan menyerang. Saya tidak pernah berfikir mereka akan bermain secara negatif.Mereka mampu untuk menutup ruang kami menyerang dan melakukan serangan balas. Mereka dapat melakukannya dengan baik dan keupayaan pemain mereka menerima taktik jurulatih mereka sangat tinggi." tambah Wenger seperti yang dilaporkan oleh Teamtalk. [ERK]

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here