« Home | West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup » | Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan » | Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas » | Ballack menafikan perpindahan » | RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual » | Toure Memberi Arsenal Kemenangan » | Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea »

Chelsea Pasukan Yang Lebih Baik

Old Trafford - Mourinho kecewa dengan dua peluang keemasan yang diperolehi oleh Drogba dan Cole, dilepaskan selepas Chelsea tewas 1-2 kepada Liverpool pada separuh akhir Piala Fa di Old Trafford Sabtu lepas.

Akan tetapi, Mourinho sempat mengucapkan selamat berjaya untuk Liverpool meskipun tidak berjabat tangan dengan jurulatih Liverpool , Rafael Benitez. Untuk kali keduanya, Chelsea dikecewakan oleh Liverpool dalam perlawanan bagi merebut kejuaraan. Tahun lalu Chelsea tersingkir pada separuh akhir Liga juara-juara dan kini di separuh akhir Piala FA.

Mourinho menilai kekalahan pasukannya disebabkan oleh penyudah yang kurang tajam dari peluang yang memang tidak terlalu banyak diperolehi oleh mereka. " Ketika anda memiliki peluang ke atas pasukan yang mempunyai pertahanan yang kental, anda seharusnya menjaringkan gol. Kami mempunyai dua peluang, tetapi mensia-siakannya, " kesal Mourinho semasa ditemuramah oleh BBC selepas perlawanan.

Sementara itu, Benitez menilai pasukkannya mampu menang dengan jaringan yang lebih besar. Walaupun begitu, penampilan Steven Gerrard yang bermain dengan semangat yang tinggi cukup membanggakan.

" Kami bekerja keras, dan mencipta peluang untuk kami. Dengan sedikit tuah, kami seharusnya mamu mencipta lebih banyak gol," ujarnya. Di akhir perlawanan kedua jurulatih tidak berjabat tangan. Namun Benitez mengakui dirinya tidak mempunyai masalah dengan Maurinho. " Saya tidak melihatnya kerana saya sedang mengucapkan terima kasih kepada penyokong kami. Tidak ada masalah sama sekali," terangnya.

Hal itu turut dipersetujui Maurinho. " Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Liverpool. Mereka bermain baik untuk mempertahankan jaringan mereka" tambahnya.

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here