« Home | Ancelotti kecewa gol Shevchenko dibatalkan » | Seri 0-0, Barcelona ke final Liga juara-juara Eropah » | Peleggrini - Kami Sepatutnya Menang » | Arsenal Ke Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara » | Riquelme Yakin Arsenal Akan Tewas » | Fulham tewaskan Wigan 1-0 » | Wenger : Villarreal akan lebih menyerang » | Chelsea Pasukan Yang Lebih Baik » | West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup » | Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan »

Rijkaard tetap puji Milan

Barcelona - Walaupun telah berjaya ke perlawanan akhir liga juara-juara, jurulatih Barcelona Frank Rijkaard tetap memuji lawannya, AC Milan. Ia mengakui bahawa serangan hebat Milan memaksa mereka untuk lebih banyak bertahan.

Barca yang memastikan tiket ke perlawanan akhir liga juara-juara di Stade De France pada 18 Mei yang akan datang. Barcelona mengatasi Milan dengan aggregat 1-0 selepas terikat 0-0 di Nou Camp pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir semalam.

Rijkaard mengakui mereka dipaksa bertahan untuk menghadapi serangan AC Milan. "Saya yakin memang itu yang diperlukan ketika itu, di mana kami menghadapi pasukan hebat seperti Milan. Ia berbaloi apabila kami layak ke akhir".

" Kami memilih untuk meletakkan Edmilson di posisi bertahan. Dia lebih banyak ke belakang untuk mengawal gerakan Kaka, namun di saat kami memerlukan, dia turut bergerak ke depan,"ujarnya.

Rijkaard merupakan rakan sepasukan Carlo Ancelotti di Milan pada akhir 80-an. Rijkaard turut mengakui bahawa dia menggunakan pengalaman dari jurulatih mereka di Milan iaitu Arrigo Sacchi. " Saya selalu memilih untuk bermain bola sepak secara menyerang. Namun kita tidak boleh alpa apabila kami bermain menentang kelab hebat anda harus menurunkan tempo dan cuba mengawal permainan," tambahnya.