Seri 0-0, Barcelona ke final Liga juara-juara Eropah
Barcelona memastikan tempat mereka di perlawanan akhir liga juara-juara untuk menghadapi Arsenal setelah berhasil mengikat Milan 0-0 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Nou Camp semalam. Penampilan Barcelona pagi tadi cukup hebat, dengan gerakan-gerakan cantik oleh Deco dan Ronaldinho dan mendapat beberapa peluang namun gagal disempurnakan oleh Barcelona.Milan yang datang dengan bekalan tewas 0-1 di San Siro bertekad untuk mencari gol penyamaan. Sejak awal perlawanan, gandingan Filipo Inzaghi dan Andriy Shevchenko terus mengancam pertahanan Barca yang diketuai oleh Carlos Puyol. Namun beberapa peluang keemasan gagal disempurnakan oleh anak buah Ancelotti. Sebaliknya Barcelona mendapat dua peluang keemasan pada babak pertama apabila Samuel Eto'o hanya berhadapan dengan Dida. Eto'o gagal menewaskan Dida yang menyerbu pantas untuk menyelamatkan gawangnya.
Pada babak kedua, Milan cuba untuk mencipta beberapa peluang. Namun kelab Itali itu gagal menyempurnakan peluang yang ada. Adrey Shevchenko pula telah berjaya menjaringkan gol dengan tandukannya namun pengadil membatalkan jaringan itu kerana penyerang itu dianggap mengasari Puyol sebelum melakukan tandukan. Henrik Larsson yang masuk pada babak kedua mengantikan Giuly pula nyaris menyaringkan gol selepas menyambut umpanan Eto'o dengan tandukan pantas namun ia ditepis keluar oleh Dida. Begitu juga Belleti yang gagal menahan lorongan bola di depan pintu gol sewaktu Dida sudah pun tertewas. Namun, keputusan 0-0 ini sudah cukup untuk membawa Barcelona layak ke perlawanan akhir menentang kelab Inggeris iaitu Arsenal. Perlawanan akhir akan berlangsung di Paris pada 18 Mei akan datang. [SKY]