Ancelotti kecewa gol Shevchenko dibatalkan
Kekalahan memang menyakitkan. Ia benar-benar dirasai oleh jurulatih AC Milan Carlo Ancelotti ketika pasukannya disingkirkan oleh Barcelona dari liga juara-juara Eropah. Ancelotti jelas kecewa kerana jaringan Andriy Shevchenko yang sepatutnya dikira dibatalkan oleh pengadil.Barcelona ke perlawanan akhir dengan aggregat 1-0 selepas berjaya mengikat kedudukan 0-0 pada perlawanan kedua di Nuo Camp. Namun keputusan ini sepatutnya berubah apabila pengadil perlawanan membatalkan gol Shevchenko pada separuh masa kedua. Ulang tayang menunjukkan jelas Shevchenko dan Puyol hanya bertembung sedikit dan Puyol kelihatan tergelincir.
Ancelotti menyatakan, "Ia adalah jaringan yang sah. Shevchenko melompat dan hanya melakukan sedikit sentuhan terhadap Puyol. Kami merasakan amat kecewa kerana ia dibatalkan. Saya juga tidak mengerti bagaimana pengadil boleh membuat keputusan seperti ini di dalam satu perlawanan yang penting."
" Ini adalah kekecewaan terbesar yang kami alami. Kami sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik. Kami menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kami berupaya menyekat gerakan-gerakan Barcelona."
"Kami juga telah menggunakan sepenuhnya kemampuan kami. Ramai orang meramalkan kami akan tewas di awak permulaan kejuaraan ini lagi. Pada kenyataanya pasukan kami melakukan yang terbaik dan menunjukkan karekter yang luar biasa. Kami tetap pulang dari Nou Camp dengan megah." tambah Ancelotti seperti yang dilaporkan Skysport.