Wenger yakin mampu kalahkan Barcelona
Tidak lama selepas Barcelona melayakkan diri ke perlawanan akhir juara liga-liga Eropah, jurulatih Arsenal Arsene Wenger melaungkan keyakinannya untuk menewaskan Barcelona di Paris nanti. Sebaliknya, jurulatih Barcelona Frank Rijkaard lebih memilih untuk tetapi tenang menghadapi pertandingan itu.Wenger berkata kepada Skysport, " Itu adalah sebuah senario yang logik kerana Barcelona lebih banyak memiliki peluang daripada Milan. Pertemuan ini sangat menarik dan kami mempunyai peluang yang baik pada perlawanan akhir nanti jika kami mampu menyiapkan diri kami dengan baik."
"Eto'o, Ronaldinho dan Giuly selalu menjadi ancaman, namun Ronaldinho mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saya fikir hal yang paling penting pada perlawanan akhir nanti adalah kepercayaan diri."
" Apabila kami mampu memanfaatkan peluang ini dan menunjukkan kualiti kami, saya berfikir piala itu mampu dimilik kami. Kami ingin mencatatkan sejarah buat kami." tambah Wenger kepada Skysport.