Tuesday, August 08, 2006

Buletin Bola Kembali !!!

Kami kembali untuk membawa berita-berita bolasepak terkini yang meliputi Liga Perdana Inggeris, Primera Liga, Serie A, Champions League dan liga-liga yang berkaitan dengannya bagi musim 2006/2007. Terima Kasih di atas sokongan anda.

Thursday, April 27, 2006

Cisse menjadi penyelamat Liverpool

London - Djibril Cisse menjaringkan dua gol ke gawang West Ham, yang membantu Liverpool untuk menang 2-1. Ia merupakan kemenangan kesembilan berturut kepada The Reds.

Perlawanan di Upton Park seperti menjadi bayangan perlawanan akhir piala FA, di mana keduanya akan bertemu di Cardiff pada 13 Mei akan datang. Walaupun bertandang ke gelanggang lawan, jurulatih Liverpool Rafael Benitez memilih untuk merehatkan beberapa pemain utama seperti penjaga gol Jose Reina, Steven Gerrard dan Peter Crouch.

Walaupun begitu, keseluruhan perlawanan dikuasai oleh Liverpool. Cisse menjaringkan gol yang pertama pada minit ke-19. Rembatan derasnya dari jarak 20 meter, gagal diselamatkan penjaga gol West Ham, James Walker. Penyerang Perancis itu kemudiannya memiliki dua kesempatan untuk menambahkan jaringan, namun Walker lebih bersiap sedia untuk menyelamatkan gawangnya.

Menjelang akhir babak pertama, tuan rumah berhasil menyamakan kedudukan melalui Nigel Reo-Coker yang memanfaatkan umpanan Teddy Sheringham.

Perlawanan pada separuh masa kedua menjadi lebih terbuka. Fernando Morientes mensia-siakan beberapa peluang untuk mendahului apabila sungkitannya terlalu tinggi di atas palang. Namun Cisse akhirnya menjadi wira 'The Reds'. Pada minit ke 54, hantaran cantik Robbie Fowler di sambut dan dengan tenang melorongkannya di antara kaki Walker.

Seterusnya kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menambah jaringan. Tendangan Matthew Etherington berhasil diselamatkan Jerzy Dudek. Sementara Liverpool pula mempunyai peluang melalui Fowler, tapi tendangannya hanya melebar di depan pintu gol West Ham. Kedudukan jaringan kekal sehingga ke akhir pertandingan.

Namun pada minit ke-82, pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada dua pemain iaitu Luis Garcia dan Hayden Mullins. Keduanya menjalani hukuman gantung tiga perlawanan, yang bererti mereka tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala FA. Bagi West Ham, kemenangan pada Piala FA akan menjamin kedudukan mereka di piala UEFA. Sementara Liverpool masih berusaha untuk mempertahankan peluang mereka mengejar Manchester United di tangga ke-2.

Susunan pemain
West Ham: Walker, Scaloni, Ferdinand, Collins (Fletcher 45), Ward, Etherington,Benayoun (Harewood 77), Mullins, Reo-Coker, Zamora, Sheringham.

Liverpool: Dudek, Finnan (Hyypia 63), Carragher, Kromkamp, Traore, Cisse, Hamann,
Sissoko, Warnock, Fowler (Luis Garcia 80), Morientes (Riise 85).

Wenger yakin mampu kalahkan Barcelona

Tidak lama selepas Barcelona melayakkan diri ke perlawanan akhir juara liga-liga Eropah, jurulatih Arsenal Arsene Wenger melaungkan keyakinannya untuk menewaskan Barcelona di Paris nanti. Sebaliknya, jurulatih Barcelona Frank Rijkaard lebih memilih untuk tetapi tenang menghadapi pertandingan itu.

Wenger berkata kepada Skysport, " Itu adalah sebuah senario yang logik kerana Barcelona lebih banyak memiliki peluang daripada Milan. Pertemuan ini sangat menarik dan kami mempunyai peluang yang baik pada perlawanan akhir nanti jika kami mampu menyiapkan diri kami dengan baik."

"Eto'o, Ronaldinho dan Giuly selalu menjadi ancaman, namun Ronaldinho mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saya fikir hal yang paling penting pada perlawanan akhir nanti adalah kepercayaan diri."

" Apabila kami mampu memanfaatkan peluang ini dan menunjukkan kualiti kami, saya berfikir piala itu mampu dimilik kami. Kami ingin mencatatkan sejarah buat kami." tambah Wenger kepada Skysport.

Rijkaard tetap puji Milan

Barcelona - Walaupun telah berjaya ke perlawanan akhir liga juara-juara, jurulatih Barcelona Frank Rijkaard tetap memuji lawannya, AC Milan. Ia mengakui bahawa serangan hebat Milan memaksa mereka untuk lebih banyak bertahan.

Barca yang memastikan tiket ke perlawanan akhir liga juara-juara di Stade De France pada 18 Mei yang akan datang. Barcelona mengatasi Milan dengan aggregat 1-0 selepas terikat 0-0 di Nou Camp pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir semalam.

Rijkaard mengakui mereka dipaksa bertahan untuk menghadapi serangan AC Milan. "Saya yakin memang itu yang diperlukan ketika itu, di mana kami menghadapi pasukan hebat seperti Milan. Ia berbaloi apabila kami layak ke akhir".

" Kami memilih untuk meletakkan Edmilson di posisi bertahan. Dia lebih banyak ke belakang untuk mengawal gerakan Kaka, namun di saat kami memerlukan, dia turut bergerak ke depan,"ujarnya.

Rijkaard merupakan rakan sepasukan Carlo Ancelotti di Milan pada akhir 80-an. Rijkaard turut mengakui bahawa dia menggunakan pengalaman dari jurulatih mereka di Milan iaitu Arrigo Sacchi. " Saya selalu memilih untuk bermain bola sepak secara menyerang. Namun kita tidak boleh alpa apabila kami bermain menentang kelab hebat anda harus menurunkan tempo dan cuba mengawal permainan," tambahnya.

Ancelotti kecewa gol Shevchenko dibatalkan

Kekalahan memang menyakitkan. Ia benar-benar dirasai oleh jurulatih AC Milan Carlo Ancelotti ketika pasukannya disingkirkan oleh Barcelona dari liga juara-juara Eropah. Ancelotti jelas kecewa kerana jaringan Andriy Shevchenko yang sepatutnya dikira dibatalkan oleh pengadil.

Barcelona ke perlawanan akhir dengan aggregat 1-0 selepas berjaya mengikat kedudukan 0-0 pada perlawanan kedua di Nuo Camp. Namun keputusan ini sepatutnya berubah apabila pengadil perlawanan membatalkan gol Shevchenko pada separuh masa kedua. Ulang tayang menunjukkan jelas Shevchenko dan Puyol hanya bertembung sedikit dan Puyol kelihatan tergelincir.

Ancelotti menyatakan, "Ia adalah jaringan yang sah. Shevchenko melompat dan hanya melakukan sedikit sentuhan terhadap Puyol. Kami merasakan amat kecewa kerana ia dibatalkan. Saya juga tidak mengerti bagaimana pengadil boleh membuat keputusan seperti ini di dalam satu perlawanan yang penting."

" Ini adalah kekecewaan terbesar yang kami alami. Kami sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik. Kami menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kami berupaya menyekat gerakan-gerakan Barcelona."

"Kami juga telah menggunakan sepenuhnya kemampuan kami. Ramai orang meramalkan kami akan tewas di awak permulaan kejuaraan ini lagi. Pada kenyataanya pasukan kami melakukan yang terbaik dan menunjukkan karekter yang luar biasa. Kami tetap pulang dari Nou Camp dengan megah." tambah Ancelotti seperti yang dilaporkan Skysport.

Seri 0-0, Barcelona ke final Liga juara-juara Eropah

Barcelona memastikan tempat mereka di perlawanan akhir liga juara-juara untuk menghadapi Arsenal setelah berhasil mengikat Milan 0-0 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Nou Camp semalam. Penampilan Barcelona pagi tadi cukup hebat, dengan gerakan-gerakan cantik oleh Deco dan Ronaldinho dan mendapat beberapa peluang namun gagal disempurnakan oleh Barcelona.

Milan yang datang dengan bekalan tewas 0-1 di San Siro bertekad untuk mencari gol penyamaan. Sejak awal perlawanan, gandingan Filipo Inzaghi dan Andriy Shevchenko terus mengancam pertahanan Barca yang diketuai oleh Carlos Puyol. Namun beberapa peluang keemasan gagal disempurnakan oleh anak buah Ancelotti. Sebaliknya Barcelona mendapat dua peluang keemasan pada babak pertama apabila Samuel Eto'o hanya berhadapan dengan Dida. Eto'o gagal menewaskan Dida yang menyerbu pantas untuk menyelamatkan gawangnya.

Pada babak kedua, Milan cuba untuk mencipta beberapa peluang. Namun kelab Itali itu gagal menyempurnakan peluang yang ada. Adrey Shevchenko pula telah berjaya menjaringkan gol dengan tandukannya namun pengadil membatalkan jaringan itu kerana penyerang itu dianggap mengasari Puyol sebelum melakukan tandukan. Henrik Larsson yang masuk pada babak kedua mengantikan Giuly pula nyaris menyaringkan gol selepas menyambut umpanan Eto'o dengan tandukan pantas namun ia ditepis keluar oleh Dida. Begitu juga Belleti yang gagal menahan lorongan bola di depan pintu gol sewaktu Dida sudah pun tertewas. Namun, keputusan 0-0 ini sudah cukup untuk membawa Barcelona layak ke perlawanan akhir menentang kelab Inggeris iaitu Arsenal. Perlawanan akhir akan berlangsung di Paris pada 18 Mei akan datang. [SKY]

Wednesday, April 26, 2006

Peleggrini - Kami Sepatutnya Menang

Jurulatih Villareal, Manuel Pellegrini jelas kecewa dengan keputusan perlawanan di stadium El Madrigal. Dia menegaskan bahawa pasukannya bermain dengan lebih baik dan lebih layak ke perlawanan akhir liga juara Eropah. Impian Villareal untuk layak ke final Liga Juara-juara punah akhirnya. Keputusan perlawanan terikat tanpa jaringan di gelanggang sendiri membuatkan kelab Sepanyol itu kalah dengan aggregat 1-0 kepada 'The Gunners'. Sedangkan peluang keemasan yang diperolehi oleh Villareal menerusi tendangan penalti yang diambil oleh Juan Riquelme pada minit-minit terakhir perlawanan diselamatkan pula oleh penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann. Tentu sahaja Pellegrini kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut.

" Sangat sukar menyatakan perasaan kami pada masa ini. Kami lebih baik daripada permainan
Arsenal di Highbury. Kami lebih layak ke final," ujar jurulatih Manuel Pellegrini seperti
dilaporkan BBC. "Saya fikir sejak minit pertama kami pasti meraih jaringan. Kami memiliki tiga peluang pada separuh masa pertama, dua peluang di separuh masa kedua dan satu tendangan penalti. Hingga ke minit terakhir perlawanan saya masih berfikir kami masih mampu menjaringkan gol, " ujarnya.

Meskipun demikian, Pellegrini merasa sangat bangga dengan cara Villareal menghadapi The Gunners. Namun beliau juga tidak menyalahkan Riquelme di atas kegagalannya menyempurnakan peluang penalti yang dimiliki Villareal. "Pemain kami sangat sedih. Saya tetap bangga dengan cara mereka bermain pada perlawanan ini namun kami juga merasa kecewa kerana kami bermain dengan baik namun kami tidak dapat ke perlawanan akhir,"ujar Pellegrini.

"Itu tidak penting. Kami semua harus berfikir kesukaran Riquelme dan bagaimana perasaannya ketika itu. Ini tanggung jawab besar ke atas seseorang pemain dan dia melakukannya," ujar jurulatih dari Chile itu.

Arsenal Ke Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara

Villareal - Arsenal mencatat sejarah baru apabila buat julung kalinya mereka berjaya melayakkan diri ke final liga juara-juara. Kejayaan ini selepas mereka berjaya menyekat Villareal di El-Madrigal pada kedudukan 0-0 pada separuh akhir kedua.

Arsenal berhak ke perlawanan akhir dengan aggregat 1-0 selepas menang perlawanan pertama dengan jaringan yang sama di Highbury. Namun mereka sebenarnya menerima tentangan sengit dari pasukan tuan rumah. Villareal memulakan asakan pada awal minit pertama lagi. Pada minit kesembilan, pemain pertahanan Arsenal Mathieu Flamini terpaksa dikeluarkan akibat hamstring. Flamini terpaksa digantikan oleh Gael Clichy, yang mengalami kecederaan dan belum pernah bermain sejak Disember tahun lalu.

Namun Clichy bermain baik untuk menyekat beberapa gerakan yang disusun oleh Villareal. Keseluruhan perlawanan didominasi oleh pasukan yang digelar 'Yellow Submarine' ini. Beberapa kali Franco dan Juan Pablo Sorin cuba menembusi gawang Arsenal. Begitu juga dengan Juan Roman Riquelme yang mendapat beberapa tendangan percuma di luar kotak penalti. Namun kebanyakannya berjaya dihalang oleh pertahanan Arsenal atau tersasar dari gawang gol Arsenal.

Pada separuh minit pertama, peluang terbaik diperolehi oleh Franco yang mendapat umpanan dari Javi Venta. Namun, rembatannya tepat ke arah Lehmann. Sebelum babak kedua dimulakan, seorang peminat Barcelona memasuki padang dan menuju kepada Henry. Dia kemudiannya memberikan jersi Barcelona yang ditampal nama Henry di atasnya. Namun Henry langsung tidak mengendahkan dan membuang jersi tersebut. Peminat tersebut kemudiannya diberkas oleh pihak polis.

Franco kembali mempunyai peluang pada separuh minit kedua namun diselamatkan oleh Lehmann. Pada minit ke 62, jurulatih Villareal Manuel Pellegrini tidak mempunyai pilihan selain memasukkan seorang lagi penyerang iaitu Jose Mari untuk menggantikan Josico yang tercedera. Hanya seminit selepas Jose Mari dimasukkan, Villareal memperolehi peluang keemasan. Diego Forlan berjaya merembat deras dari luar kotak penalti malangnya ia melangkaui gawang Arsenal. Analisa menunjukkan bahawa pasukan Villareal melakukan 9 percubaan ke pintu Arsenal, sedangkan Arsenal langsung tidak mampu untuk menyerang.

Sementara itu Villareal sempat membolosi gawang Arsenal menerusi Franco, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana penyerang Mexico itu berada di dalam posisi 'offside'. Pada minit ke-88, Villareal sekali lagi memiliki peluang terbaik apabila pengadil perlawanan, Valentin Ivanov menghadiahkan tendangan penalti kepada Villareal selepas Clichy menolak Jose Mari di dalam kotak penalti. Namun, Lehmann sekali lagi menjadi wira apabila menyelamatkan tendangan penalti yang diambil oleh Riquelme. Kekecewaan jelas tidak dapat dibendung oleh Riquelme selepas tendangannya diselamatkan oleh Jens Lehmann.

Terikat 0-0, yang bertahan sehingga ke wisel penamat, sudah cukup untuk Arsenal menempah tiket perlawanan akhir. Tidak sekadar menempah sejarah untuk kali pertamanya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir liga juara-juara tapi juga memanjangkan rekod kekebalan Arsenal kepada 10 perlawanan berturut-turut.

Barisan pemain : Villarrreal: M Barbosa, R Javi Venta, J Pena, S Quique Alvarez, R Arruabarrena (82 G Roger) , J Riquelme, M Josico (63 R Jose Mari), M Senna, J Sorin, D Forlan, G Franco
Arsenal: J Lehmann, E Eboue, K Toure, S Campbell, M Flamini (9 G Clichy), A Hleb, F Fabregas, G Silva, F Ljungberg, J Reyes (69 R Pires), T Henry

Tuesday, April 25, 2006

Riquelme Yakin Arsenal Akan Tewas

Perancang utama Villareal, Juan Roman Riquelme percaya pertahanan Arsenal boleh dibolosi walaupun mereka belum lagi ditembusi sepanjang perlawanan di liga juara-juara musim ini. Villareal akan berusaha untuk menebus kekalahan 0-1 kepada Arsenal di Highbury pada malam ini.
Pemain antarabangsa Argentina itu menyatakan bahawa rekod kekebalan benteng Arsenal dalam sembilan pertandingan akan berakhir pada hari ini. "Kepercayaan diri kami tidak akan bergantung kepada perlawanan pusingan pertama," ujar pemain tengah berusia 27 tahun dalam sidang akhbar rasmi UEFA.

" Saya mengatakan bahawa kami mampu menyekat pemain Arsenal seperti Cesc Fabregas dengan hantaran pantasnya dan Thierry Henry yang memiliki kemampuan untuk memberikan masalah kepada kami," tambahnya. "Tapi mereka memiliki kelemahan yang sama seperti pasukan penyerang yang lain."

" Saya yakin mereka akan melepaskan lebih dari satu gol di El Madrigal," tambahnya. Rekod boleh dipadamkan dalam sesaat," katanya. Saat ini misi Yellow Submarines adalah menjaringkan dua gol tanpa bolos untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir. Jurulatih Villareal sebelum ini telah merehatkan beberapa pemain utamanya sewaktu menentang Sociedad untuk perlawanan penting malam ini. [SKY]

Fulham tewaskan Wigan 1-0

Fulham menambahkan tiga mata berharga ketika melayan kunjungan Wigan pada perlawanan liga perdana Inggeris semalam. Gol tunggal perlawanan hasil jaringan tunggak mereka iaitu Steed Malbranque. Namun, perlawanan lebih banyak dikuasai oleh Wigan yang sedang berusaha untuk memasuki zon piala UEFA.

Tuah bagaimanapun tidak menyebelahi pasukan Paul Jewell. Beberapa kali pertahanan Fulham diuji oleh trio serangan Wigan, Henri Camara dan Roberts nyaris berjaya menembusi gawang Fulham. Namun pada masa tambahan babak pertama, gol Wigan ditembusi oleh jaringan Malbranque.

Malbranque menerima umpanan cantik dari Luis Boa Morte di dalam kotak penalti lalu merembat dengan kaki kirinya yang berupaya menewaskan Mike Pollit. Kedudukan berubah 1-0. Pada awal babak kedua Fulham nyaris menambahkan gol ketika rembatan deras dari luar kotak penalti berhasil diselamatkan oleh Pollit.

Pada minit terakhir, Wigan nyaris menyamakan kedudukan ketika Pascal Chimbonda membuat lorongan cantik untuk David Connoly ketika Niemi terkeluar dari posisinya, namun tidak tepat ke sasaran. Bola tersebut disambut oleh Henri Camara yang merembat sipi gawang.

Kemenangan itu membuatkan kedudukan Fulham di dalam liga perdana Inggeris terjamin sementara Wigan terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan satu tiket ke Liga Eropah. [SKY]

Wenger : Villarreal akan lebih menyerang

Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger meramalkan bahawa Villareal akan menyerang habis-habisan setelah ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama mereka. Villareal lebih bertahan di Highbury dengan kebanyakan pemain mereka bertumpu di kotak penalti pasukan mereka bagi menahan serangan bertalu-talu dari Arsenal.

Kapten Arsenal, Thierry Henry, menyebut bahawa Villareal adalah pasukan yang lebih banyak bermain secara bertahan. Walau demikian Wenger kurang setuju dengan komen Henry. Wenger berkata, " Apa yang dikatakan oleh Henry dengan permainan negatif adalah mereka tidak melakukan banyak serangan. Mereka kelihatan berpuas hati dengan jaringan 0-1 pada pertemuan pertama."

" Di Sepanyol mereka akan menyerang. Saya tidak pernah berfikir mereka akan bermain secara negatif.Mereka mampu untuk menutup ruang kami menyerang dan melakukan serangan balas. Mereka dapat melakukannya dengan baik dan keupayaan pemain mereka menerima taktik jurulatih mereka sangat tinggi." tambah Wenger seperti yang dilaporkan oleh Teamtalk. [ERK]

Chelsea Pasukan Yang Lebih Baik

Old Trafford - Mourinho kecewa dengan dua peluang keemasan yang diperolehi oleh Drogba dan Cole, dilepaskan selepas Chelsea tewas 1-2 kepada Liverpool pada separuh akhir Piala Fa di Old Trafford Sabtu lepas.

Akan tetapi, Mourinho sempat mengucapkan selamat berjaya untuk Liverpool meskipun tidak berjabat tangan dengan jurulatih Liverpool , Rafael Benitez. Untuk kali keduanya, Chelsea dikecewakan oleh Liverpool dalam perlawanan bagi merebut kejuaraan. Tahun lalu Chelsea tersingkir pada separuh akhir Liga juara-juara dan kini di separuh akhir Piala FA.

Mourinho menilai kekalahan pasukannya disebabkan oleh penyudah yang kurang tajam dari peluang yang memang tidak terlalu banyak diperolehi oleh mereka. " Ketika anda memiliki peluang ke atas pasukan yang mempunyai pertahanan yang kental, anda seharusnya menjaringkan gol. Kami mempunyai dua peluang, tetapi mensia-siakannya, " kesal Mourinho semasa ditemuramah oleh BBC selepas perlawanan.

Sementara itu, Benitez menilai pasukkannya mampu menang dengan jaringan yang lebih besar. Walaupun begitu, penampilan Steven Gerrard yang bermain dengan semangat yang tinggi cukup membanggakan.

" Kami bekerja keras, dan mencipta peluang untuk kami. Dengan sedikit tuah, kami seharusnya mamu mencipta lebih banyak gol," ujarnya. Di akhir perlawanan kedua jurulatih tidak berjabat tangan. Namun Benitez mengakui dirinya tidak mempunyai masalah dengan Maurinho. " Saya tidak melihatnya kerana saya sedang mengucapkan terima kasih kepada penyokong kami. Tidak ada masalah sama sekali," terangnya.

Hal itu turut dipersetujui Maurinho. " Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Liverpool. Mereka bermain baik untuk mempertahankan jaringan mereka" tambahnya.

Monday, April 24, 2006

West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup

West Ham menanti Liverpool di Final FA Cup

London - Gol tunggal Marlon Harewood memastikan kemenangan West Ham United 1-0 ke atas Middlesbrough pada perlawanan separuh akhir Piala FA. Mereka akan bertemu Liverpool pada perlawanan akhir.

Pertandingan di Villa Park ini perlawanan berlangsung seimbang. Namun West Ham lebih bernasib baik apabila Harewood berhasil menerjah gawang The Boro pada minit ke-78. Pertandingan itu bermula dengan bertafakur bagi menghormati bekas pengurus West Ham John Lyall yang baru meninggal dunia pada usia 66 tahun. Setelah sepak mula, Boro terus melakukan asakan kepada pertahanan West Ham.

Jimmy Floyd Hasselbaik mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun rembatannya dapat ditahan oleh pertahanan West Ham.Begitu juga dengan dua rembatan yang dilepaskan oleh Fabian Rochemback tidak memberikan hasil. Nasib malang menimpa Middlesbrough kerana kehilangan khidmat penjaga gol Mark Schwarzer yang cedera selepas bertembung dengan penyerang West Ham, Dean Ashton. Gawang Boro terpaksa di ambil alih oleh Bradley Jones.

Sementara itu, West Hami dilihat lebih mendominasi perlawanan pada babak kedua. Peluang Asthon memecahkan kebuntuan apabila tandukannya hanya berjaya mengegarkan tiang gol sementara itu tendangan rendah Nigel Reo-Coker tersasar dari gawang Boro. Namun pada minit ke-78, usaha West Ham membuahkan hasil. Tandukan Ashton disambut oleh Harewood yang berjaya memperdayakan Gareth Southgate untuk melepaskan satu rembatan padu menerusi kaki kirinya.

Namun selepas West Ham mendahului, Middlesbrough semakin meningkatkan serangan mereka. Tendangan bebas Frank Queudrea diselamatkan oleh penjaga gol West Ham, Shaka Hislop. Gandingan Yakubu dan Maccarone juga gagal memanfaatkan peluang yang diperolehi mereka. Pada minit terakhir perlawanan, Chris Riggott mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila tendangan tersasar di depan gawang West Ham.

Bagi West Ham, kemenangan 1-0 itu sudah mencukupi bagi bekalan mereka untuk menuju ke perlawanan akhir di Cardiff, 13 Mei nanti. Liverpool pula terlebih dahulu memastikan tempat mereka di perlawanan akhir setelah mengatasi Chelsea 2-1 pada Sabtu lepas.

Madrid menang, perlawanan Barcelona ditangguhkan

Madrid - Jaringan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos memastikan kemenangan ke atas Malaga 2-1. Sementara itu, perlawanan antara Barcelona dan Sevilla ditunda kerana hujan lebat menyebabkan padang dipenuhi air.

Real Madrid yang hanya meraih enam mata dari tujuh perlawanan terakhirnya, tampil goyah di awal perlawanan. Malaga terlebih dahulu membolosi kubu Real Madrid hasil jaringan penyerang Ricardo Bovio dari jarak dekat pada minit ke-22. Namun ia tidak bererti Real tidak melakukan asakan. Mereka turut mempunyai beberapa peluang keemasan pada babak pertama.

Tendangan percuma David Beckham di sambut oleh Robinho yang melakukan 'first timer' ke arah gol Malaga namun terkena palang dan memantul keluar. Bekas penyerang Roma, Antonio Cassano turut mempunyai dua peluang keemasan di depan pintu gol namun gagal dimanfaatkan.

Persembahan buruk Madrid menyebabkan penyokong mereka mula mengejek. Pada minit ke-62, jurulatih Real Juan Ramon Lopez Caro mengeluarkan Cassano dan Julio Baptista dan memasukkan Zinedine Zidane dan Roberto Soldado. Pertukaran itu membuahkan hasil kepada Real. Lima minit selepas dimasukkan, Zidane menyamakan kedudukan melalui tendangan penalti setelah Raul dilanggar di dalam kotak penalti.

Akhirnya kemenangan bagi Real datang juga pada minit-minit terakhir perlawanan. Pertahanan Real, Sergio Ramos berjaya memanfaatkan umpanan Cicinho dan memastikan kemenangan Real.

Pelawanan Barca menentang Sevilla ditunda

Sementara itu, perlawan di stadium Sanchjez Pizjuan tidak dapat diadakan kerana padang dipenuhi air. Hujan yang turun 45 minit sebelum perlawanan membuatkan keadaan padang dipenuhi air dan pengadil perlawanan menunda waktu perlawanan sementara menunggu keadaan padang kembali pulih. Namun selepas satu jam, air masih memenuhi padang. Perlawanan akhirnya ditunda. Keputusan itu sudah pasti memberikan kelebihan kepada Barca dan Sevilla yang akan bertarung di pentas Eropah minggu ini.

Keputusan lain-lain perlawanan :
Athletic Bilbao 0 - 3 Valencia
Cadiz 1 - 1 Deportivo La Coruna
Espanyol 2 - 0 Real Betis
Mallorca 0 - 1 Osasuna
Racing Santander 1 - 3 Getafe

Milan semakin hampir mendapatkan khidmat Gallas

Milan diberitakan semakin hampir untuk mendapatkan bek Chelsea, William Gallas. Media Itali semakin hebat melaporkan kemungkinan ini. Channel4 menyebut pemain antarabangsa Perancis ini akan segera bergabung dengan Milan. Memang memang sedang melakukan perubahan terhadap barisan pertahanannya. Nilai bayaran terhadap pemain itu nampaknya tidak menjadi masalah utama bagi Milan yang baru sahaja mencapai persetujuan dengan penaja utama baru Bet and Win. Gallas yang sejak akhir-akhir ini jarang diturunkan dalam kesebelasan utama oleh skuad Chelsea memang mempunyai keinginan meninggalkan Stamford Bridge.

Walaubagaimanapun, Gallas masih mempunyai kontrak dengan juara liga Inggeris dari kota London itu sehingga 2007. Namun dirinya semakin pasti untuk meninggalkan Chelsea pada musim panas ini. Gallas bakal menggantikan tempat Jaap Stam yang akan kembali ke liga Belanda bersama Cafu yang turut menyatakan hasrat yang sama.

"Gallas? Beliau masih memiliki setahun kontrak bersama Chelsea,: ujar wakil presiden Adriano Galliani pada La Gazzetta dello Sport. " Yang saya dapat nyatakan pada masa ini ialah kami menyukai pemain Perancis kerana meraka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan kami lebih cepat daripada pemain Eropah lain, " tambahnya.

Sunday, April 23, 2006

Ballack menafikan perpindahan

Setelah Michael Ballack dikatakan bersetuju untuk menandatangani kontrak 4 tahun bersama Chelsea. Namun demikian ia dinafikan oleh Ballack yang menegaskan bahawa dirinya belum lagi bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Chelsea.

Pada rabu lepas, Ballack dinyatakan hampir pasti ke Chelsea musim depan, namun pemain itu menyatakan berita itu tidak benar dan menyatakan ia sebagai berita sampah.

" Itu adalah berita sampah, hal tersebut langsung tidak benar," ungkap Ballack yang dikutip dari Sky Sports.

Thursday, April 20, 2006

RAFA: Stevie's Bukan Untuk Dijual

Rafa Benitez memberikan reaksi beliau mengenai spekulasi bahawa Real Madrid berusaha untuk menandatangani Steven Gerrard dan mengistiharkan: "Dia bukan untuk dijual."

Pengarah bolasepak Madrid Benito Floro kelmarin menyatakan beliau akan berusaha untuk mendapatkan khidmat Steven Gerrard sebagai keutamaan, untuk membantu Real menamatkan kemarau kejuaraan selama tiga musim. Gerrard baru saja menandatangani kontrak baru setelah memutuskan untuk memberi komitmen masa depannya bersama juara Eropah itu, namun ia tidak menghalang hasrat Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun, Benitez yakin spekulasi itu akan tamat segera dan menyatakan ketua pasukannya
itu tetap seorang pemain liverpool musim hadapan. Benitez menyatakan: " Situasi ini jelas. Steven Gerrard bukan untuk dijual." melalui laman web rasmi Liverpool, Khamis (20/4/2006)

Toure Memberi Arsenal Kemenangan


London - Arsenal berjaya meraih kemenangan pada perlawan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini sewaktu melayan kunjungan Villareal di highbury. The Gunners mencapai kemenangan 1-0 hasil jaringan Kolo Toure pada minit ke-41. Kemenangan tersebut memberi Arsenal kelebihan apabila bertandang ke El-Madrigal 26 April ini. Kini, peluang untuk Arsenal menjejakkan kaki ke final kian terbuka. Namun kesempatan yang sama juga di miliki oleh pasukan Villareal yang digelar 'Yellow Submarine'. Jika berhasil menjaringkan dua gol pada pertemuan kedua nanti, ia akan menamatkan kehebatan Arsenal sepanjang kempen liga juara-juara ini.

Kemenangan Arsenal di Highbury ini cukup bererti. Ia memberikan kenangan manis untuk stadium keramat mereka itu kerana perlawanan menentang Villareal merupakan perlawanan terakhir Arsenal di Highbury dalam liga juara Eropah. Musim depan 'The Gunners' akan berpindah ke stadium baru mereka iaitu Emirates Stadium. Arsenal turut memanjangkan rekod kekebalan bentengnya dengan tidak melepaskan sebarang gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut pada kempen liga juara-juara.

Mengasak Sejak Awal
Arsenal mula mengasak kubu Villareal sejak minit awal perlawanan lagi selepas pengadil Austria, Konrad Plautz meniup wisel pertama. Tiga peluang dicipta oleh Kolo Toure, Gilberto Silva dan Phillipe Senderos namun gagal dimanfaatkan.
Pada minit ke-12, Henry sempat melepaskan tendangan yang menerjah ke gawang Villareal. Namun keceriaan peminat Arsenal berakhir apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut kerana Henry berada di kedudukan offside.
Pada minit ke -33, Robert Pires turut mempunyai peluang keemasan setelah mendapat bola lambungan dari pemain Villareal namun kehadiran Cesar Arzo menghalang tendangan pemain Perancis itu dan menghasilkan tendangan sudut.
Empat minit menjelang tamat perlawanan pertama, akhirnya Arsenal berjaya menghasilkan gol melalui Kolo Toure yang memanfaatkan lorongan Aleksander Hleb walaupun di asak oleh beberapa pemain Villareal. Gol tersebut mengamatkan Highbury yang dipenuhi oleh peminat-peminat 'The Gunners'.

Separuh masa kedua, Arsenal memperlahankan rentak serangannya. Kesempatan ini diambil oleh Villareal untuk mencipta beberapa peluang namun tidak berhasil memecahkan kekebalan pertahanan Arsenal. Pada minit ke-56, Henry kembali membuka kesempatan untuk menambahkan jaringan namun Cesar Arzo sekali lagi berjaya untuk menghalang bola dari menerjah gawang.
Riquelme turut berpeluang untuk menghasilkan jaringan namun tendangan percuma jarak jauhnya berhasil diselamatkan oleh Lehman yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan.
Pada saat-saat akhir perlawanan, Arsenal turut berpeluang menghasilkan gol melalui Dennis Bergkamp. Namun, sekali lagi pertahanan kental Villareal iaitu Cesar Arzo berhasil menampan bola dari menerjah ke gawang Villareal. Perlawanan akhirnya kekal 1-0.


Susunan Pemain:

Arsenal: Jens Lehmann, Phillipe Senderos, Kolo Toure, Matthieu Flamini, Emmanuel Eboue, Robert Pires, Aleksander Hleb (Dennis Bergkamp 80), Cesc Fabregas, Gilberto Silva, Frederick Ljungberg (Robin Van Persie 80), Thierry Henry

Villarreal: Miguel Barbosa, Javi Venta, Cesar Arzo, Arruabarrena, Quique Alvarez, Juan Sorin (Josico 73), Roman Riquelme, Alessio Tacchinardi, M Senna, Diego Forlan (Cajera 90), Jose Mari (Guillermo Franco 55)

Ballack bersetuju untuk menyertai Chelsea

Penyerang berbisa Bayern Munich - Michael Ballack telah bersetuju menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Chelsea, seperti yang diumumkan oleh tv Jerman ZDF. Stesen televisyen tersebut melaporkan di dalam websitenya bahawa kapten Jerman itu telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan dan menunggu masa untuk ditandatangani.

Ballack (29) telah bersama dengan Bayern Munich selama 4 tahun dan kontraknya akan tamat pada Jun yang akan datang. "ZDF telah mengetahui bahawa Michael Ballack dan Chelsea telah mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak selama 4 tahun. Kontrak tersebut hanya menunggu masa untuk di tanda tangani."

Tidak ada kenyataan susulan dari Ballack atau Bayern, sementara jurucakap Chelsea hanya mengungkapkan "Saat ini tiada komen lanjut dari kelab. "

Jose Maurinho pengurus Chelsea seperti dipetik oleh the Bild am Sonntag pada bulan lalu menyatakan: " Dia (Ballack) memiliki segalanya. Kepintarannya di padang menarik perhatian saya "
"Saya telah memerhatikannya cukup lama. Saya menyukainya. Namun dia harus membuat satu keputusan sebelum Piala Dunia. " (Reuters)

Blog Rolling

Meta


      Everything you want to put here